MGG 1401
Imigresen Membeli
Hotel (MGG: Immigration Buys A Hotel)
Oleh kerana Jabatan
Imigresen menduduki tempat ke empat dalam pungutan hasil negara, ketua
pengarahnya, Dato¡¯ Aseeh Che Mat beranggapan tibalah masanya untuk jabatan itu
membeli sebuah hotel di Port Dickson. Dia mahu menggunakan hotel itu sebagai
pusat latihan. Berapa agaknya kos pembelian hotel itu? Bukan mudah mengetahui
harganya. Rupanya, pusat latihan mesti diletakkan di tempat percutian.
Kerana itu Port Dickson menjadi pilihan. Apabila jabatan itu mampu mengutip hasil
bernilai RM1,000 juta dalam satu tahun, apakah dia tidak boleh membeli sebuah
pusat latihan untuk pelatihnya berhimpun? Adakah Parlimen dirujuk akan hal
itu? Ataupun itu semua sudah tidak perlu? Apakah memang sudah sedia peruntukannya?
Perlukah itu diambil kira? Apakah pusat latihan ini akan mempertingkatkan khidmat
melayan rakyat? Apakah itu mesti diambil berat? Apa perlunya membeli sebuah hotel
dan kemudiannya diubah suai dijadikan pusat latihan? Ah, kalau sudah naik mencapai
nombor empat takkan membeli pusat latihan tidak boleh dibuat?
Memang,
Dato¡¯ Aseh layak dilantik menjadi menteri kabinet kerajaan Darul Boleh. Dia
selalu cakap main lepas sahaja, kerana tidak mampu berfikir dengan
cermatnya. Dia membuat pengumuman itu supaya akhbar menyiarkan rencana
jabatan imigresen berkhidmat kepada rakyat. Dia menegaskan kerja
melayan 3.5 juta manusia setiap bulan, bersamaan dengan satu per enam jumlah
penduduk negara, termasuk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang
diambil kira. Apakah tujuan sebenar mahukan hotel itu? Perlukah pusat
latihan diwujudkan di Port Dickson? Kalau pusat latihan yang diperlukan
kenapa tidak dibina ruang latihan di setiap pejabat imigresen di
seluruh negara? Apa salahnya menyewa terus pusat yang ada untuk
melatih, daripada menguruskan satu bangunan yang akan menjadi gajah putih?
Kesesakan
manusia di pejabat imigresen seluruh negara ada kaitan dengan
kakitangan yang tidak cekap dan perundangan yang mudah ditukar-tukar sesuka
hati. Sesiapa yang mempunyai urusan dengan jabatan itu terpaksa datang
di awal pagi menunggu sepanjang masa sehingga terlaksana hajat mereka.
Kakitangan imigresen beranggapan bahawa kita berada di depan mata kerana
mahukan sesuatu daripada mereka. Tidak ada langsung semangat mempercepatkan kerja
ataupun berkhidmat dengan segera. Dalam hal ini sikap mereka itu memang tidak ada
bezanya dengan sikap pegawai jabatan kerajaan yang lain. Kalau sebuah jabatan yang
memperolehi satu bilion ringgit setahun memerlukan latihan, apakah
jabatan yang lain tidak memerlukan latihan juga? Apakah dia mahu mendedahkan
bahawa kakitangan imigresen yang ada, selama ini memang tidak cekap buat
kerja?
Imigresen memerlukan satu semangat berkhidmat yang lebih
bermakna. Kewujudannya kerap mendorong rakyat marhaen memikirkan elok lagi
kalau mereka tidak ada. Ada satu ketika dulu dimana orang awam perlu
beratur pada jam empat pagi semata-mata untuk mendapatkan nombor yang
sungguh terhad. Kesannya, seperti yang saya pernah lalui, memerlukan seseorang datang berkali-kali untuk mendapatkannya. Memanglah ada cara jalan pintas yang
boleh diambil untuk menyenangkan diri. Itu sebabnya ada orang tertentu yang mudah
memperolehi nombor mereka sedangkan orang yang menunggu dan beratur
lama-lama tidak pula mendapatnya. Apabila perkara ini dilaporkan, saya
diberi pengecualian pula dan diberikan layanan segera. Namun, ini menunjukkan
memang ada sebab kenapa pengecualian itu diberi; untuk menutup cerita misteri.
Apakah
yang akan dilakukan oleh pusat latihan ini? Apakah untuk merancang menambahkan
beban orang yang datang menunggu ataupun memberikan keselesaan kepada beban
kerja yang tidak seberapa? Penjelasan harus dibuat bukan oleh Dato Aseh, tetapi
oleh menteri dalam negeri, kenapa ketika kegawatan ekonomi melanda negara,
jabatan imigresen mahu menceburi bisnes perhotelan pula? Ini memang satu bisnes
perhotelan, kerana semua bilik yang ada akan terus dikekalkan. Kalau ruang latihan
betul-betul diperlukan bukankah lebih murah untuk menyewa ruang latihan? Apakah
jabatan Imigresen merasa segan kerana ketiadaan pusat latihan ?
-MGG
Pillai- 17 Januari,2001
Terjemahan MT
|